Sabtu, 7 Februari 2009

Tips Berjaya Dalam Hidup


Untuk berjaya dalam hidup, elak dari sekadar cakap-cakap saja. Sekadar cakapan dan perancangan, semua orang boleh lakukan. Anda perlu fokus pada tindakan. Untuk berjaya anda perlu benar-benar tekad mahu berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya, tak kira nak berjaya di sekolah sebagai pelajar cemerlang, di institut pengajian tinggi, dalam kerjaya mahupun perniagaan sendiri. Usaha ke arah kejayaan bermula di minda. Anda perlu terapkannya di dalam minda terlebih dahulu.
Bayangkan setiap hari Anda dah berjaya mencapai apa yang Anda mahukan. Bayangkan seolah-olah ia dah terjadi sekarang ini. Anda perlu tahu apa yang Anda mahu! Ulangi kemahuan itu setiap hari dan berfikir setiap hari bagaimana Anda boleh berjaya dan dengan cara apa Anda boleh terus berjaya. Lakukan dengan istiqamah, komited, be consistent. Kejayaan milik orang yang rajin berusaha, sabar dan tabah berdepan dugaan.

Full House


Drama nie aku tengok 2tahun lepas. Minggu lepas aku tengok balik drama nie. Drama nie memang best sebab aku suka dia punya jalan cerita. Lagipun heroin dia cantik lah jugak tapi tak leh lawan heroin "Love Story In Harvard". Dia punya hero pun leh tahan gak kacak. Hehehe. Aku bagi dia punya sipnopsis tentang cerita nie. Lepas nie lah lah ko orang semua tengok cerita nie beramai-ramai k....

Hidup sebatang kara sejak kecil, satu-satunya harta milik Han Ji-eun, seorang penulis novel internet, adalah rumah yang diwariskan oleh ayahnya dan diberi nama Full House. Kerana terlalu baik, membuatnya ditipu habis-habisan oleh dua sahabat masa kecilnya Dong-wook dan Hee-jin. Rupanya, kedua sahabatnya tersebut mengumpul dalam jumlah banyak karena Hee-jin hamil, dan satu-satunya jalan adalah mengirim Ji-eun ke luar negeri. Semasa ketiadaan Han ji-eun Full House dijual dan wangnya diambik oleh kedua-dua rakannya. Untuk tau kisah yang lebih lanjut. Ko orang tontonlah sendiri ek. hahahaha